Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Pakaian Dan Perhiasan > Bab Haram Menyambung Rambut Dengan Rambut Orang Lain Dan Meminta Supaya Disambungkan Rambutnya Dengan Rambut Orang Lain, Membuat Tatu Dan Meminta Supaya Dibuatkan Tatu, Menghilangkan Rambut Pada Wajah Dan Meminta Supaya Dihilangkan Rambut Pada Wajahnya, Merenggangkan Gigi Dan Mengubah Ciptaan Allah
    Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a katanya: Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku mempunyai seorang anak perempuan yang bakal menjadi pengantin. Beliau pernah diserang penyakit campak, sehingga rambutnya gugur. Bolehkah aku menyambungnya dengan rambut orang lain? Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengutuk orang yang menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya.info
    Hadis Aisyah r.a: Seorang gadis dari kaum Ansar berkahwin. Oleh kerana sebelumnya beliau pernah menderita sakit, maka semua rambutnya gugur. Keluarganya ingin menyambung rambutnya, lalu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya, orang yang membuat tatu dan orang yang meminta supaya dibuatkan tatu.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Allah mengutuk pembuat tatu iaitu tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna, orang-orang yang meminta supaya dibuatkan tatu, orang-orang yang menghilangkan rambut pada muka serta orang-orang yang meminta supaya dihilangkan rambut pada wajahnya, serta orang-orang yang merenggangkan gigi demi kecantikan untuk mengubah ciptaan Allah. Perkataan Ibnu Umar itu sampai kepada seorang wanita dari Bani Asad yang bergelar Ummu Yaakub. Beliau sedang membaca Al-Quran. Lalu dia datang kepada Ibnu Umar dan berkata: Apakah benar berita yang sampai kepadaku bahawa engkau mengutuk pembuat tatu, orang-orang yang meminta supaya dibuatkan tatu, orang-orang yang meminta supaya dihilangkan rambut pada muka dan orang-orang yang merenggangkan gigi demi kecantikan untuk mengubah ciptaan Allah? Abdullah bin Umar berkata: Bagaimana aku tidak mengutuk orang-orang yang juga dikutuk oleh Rasulullah s.a.w? Sedangkan perkara itu ada disebutkan dalam Kitab Allah. Wanita itu membantah: Aku sudah membaca semua yang ada dari kulit ke kulit, tetapi aku tidak mendapatinya. Ibnu Umar berkata: Jika engkau benar-benar membacanya, pasti engkau akan menemuinya. Allah s.w.t berfirman: æóãóÇ ÂÊóÇßõãõ ÇáÑøóÓõæáõ ÝóÎóÐõæåõ æóãóÇ äóåóÇßõãú Úóäúåõ ÝóÇäúÊóåõæÇ Yang bermaksud: Apa yang diberikan oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah ia dan apa yang dia larang kepada kamu, maka tinggalkanlah ia. Wanita itu berkata: Aku melihat sesuatu di antara yang engkau bicarakan ini pada isterimu sekarang. Ibnu Umar berkata: Pergilah melihatnya. Wanita itu pun masuk mendapatkan isteri Abdullah bin Umar. Namun beliau tidak melihat sesuatu pun. Maka beliau datang lagi kepada Ibnu Umar dan berkata: Aku tidak melihat sesuatu pun. Ibnu Umar berkata: Ingatlah, seandainya apa yang aku katakan ada pada isteriku nescaya aku tidak akan menggaulinya.info
    Hadis Muawiyah bin Abu Sufian r.a: Diriwayatkan daripada Humaidi Ibnu Abdul Rahman bin Auf katanya: Aku pernah mendengar Muawiyah bin Abu Sufian r.a berkata di atas mimbar sambil memegang jambul rambut yang kemudiannya jambul tersebut dipegang oleh pengawal. Wahai penduduk Madinah! Di mana Ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah s.a.w melarang hal semacam ini iaitu membuat jambul pada rambut, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Bani Israel mengalami kecelakaan ketika para wanita mereka menggunakan hal ini.info
webmaster@mymasjid.net.my