Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Burdah r.a katanya: Aku datang untuk menemui Saidatina Aisyah r.a lalu beliau mengeluarkan kain sarung yang kasar buatan Yaman dan baju yang dinamakan mulabbadah. Beliau berkata: Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w wafat dalam dua helai pakaian ini.
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Bantal Rasulullah s.a.w yang biasa baginda gunakan untuk bersandar adalah dibuat daripada kulit yang diisi dengan sabut.
