Hadis Umar bin Abu Salamah r.a katanya: Aku pernah berada di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w. Ketika waktu makan, tanganku terhulur hendak menjangkau talam, lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Wahai anak muda! Bacalah Basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan mulakan dengan makanan yang terdekat denganmu.
Hadis Abu Said r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang kamu membalik-balikkan bekas minuman (untuk meminum dari mulut bekas minuman).
