Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Kitab Minuman
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku sedang memberi minum kepada para tetamu di rumah Abu Talhah pada hari pengharaman arak. Mereka hanya meminum arak yang diperbuat dari buah kurma. Tiba-tiba terdengar satu seruan yang memberitahu. Keluar dan lihatlah! Akupun keluar, ternyata ada satu suara yang mengumumkan: Sesungguhnya arak telahpun diharamkan. Arak mengalir di jalan-jalan Madinah Abu Talhah berkata kepadaku: Keluarlah dan curahkanlah arak itu, Lalu aku mencurahkannya. Tiba-tiba ada orang berkata: Si anu telah terbunuh, si anu telah terbunuh, sedangkan perutnya dipenuhi dengan arak. Perawi Hadis berkata, aku tidak tahu apakah itu juga termasuk dari Hadis Anas. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat: لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعُمِلُوا الصَّالِحَاتِ Yang bermaksud: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh kerana makanan yang telah mereka makan dahulu apabila mereka telah bertakwa serta beriman dan melakukan amalan soleh.info
webmaster@mymasjid.net.my