Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Pengharaman Arak Dan Menerangkan Bahawa Arak Itu Dibuat Dari Perahan Anggur, Kurma, Kurma Muda, Zabib Dan Sebagainya Daripada Benda Yang Memabukkan
    Hadis Ali bin Abu Talib r.a katanya: Aku mendapatkan seekor unta (berumur satu tahun) bersama Rasulullah s.a.w dalam rampasan perang Badar. Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku seekor unta yang lain. Pada suatu hari aku memecut kedua-duanya melalui hadapan pintu rumah seorang lelaki dari golongan Ansar. Aku mahu memuatkan di atas keduanya dengan Izkhir (sejenis tumbuhan yang berbau harum) untuk dijual. Bersama aku juga seorang tukang emas dari Bani Qainuqa'. Wang dari hasil jualan itu akan aku gunakan untuk membuat kenduri. Pada waktu itu, Hamzah bin Abdul Muttalib sedang minum-minum di rumah tersebut. Dia ditemani oleh seorang hamba perempuan yang menyanyikan lagu untuknya. Hamba perempuan itu berkata: ÃóáóÇ íóÇ ÍóãúÒõ áöáÔøõÑõÝö ÇáäøöæóÇÁö Yang bermaksud: Wahai Hamzah! Perhatikanlah unta-unta yang gemuk itu. Tiba-tiba Hamzah melompat ke arah kedua ekor untaku dengan sebilah pedang, lalu memotong kedua-dua bonggol di atas belakangnya dan membelah kedua-dua lambungnya. Kemudian dia mengambil kedua-dua hatinya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Ibnu Syihab: Sesungguhnya kedua bonggol untaku telah dipotong, lalu dia pergi melihatnya. Ibnu Syihab berkata: Bahawa Sayidina Ali menyebut: Aku hanya menyaksikan saja peristiwa yang sangat mengerikan itu. Lalu aku mendapatkan Rasulullah s.a.w. Ketika itu dia ditemani oleh Zaid bin Harithah. Akupun menceritakan peristiwa tersebut. Lalu baginda keluar bersama dengan Zaid dan aku juga mengikutinya. Kemudian Baginda masuk menemui Hamzah dan memarahinya. Hamzah mengangkat pandangannya, kemudian berkata: Kamu ini tidak lain hanyalah hamba-hamba bapaku. Maka Rasulullah s.a.w kembali reda sehinggalah keluar meninggalkan mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my