Hadis Jabir r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat dari kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.
Hadis Ibnu Umar r.a: Dari Nabi s.a.w bersabda: Jangan kamu biarkan api (pelita) menyala di rumah-rumah kamu ketika kamu sedang tidur.
Hadis Abu Musa r.a katanya: Pada satu malam sebuah rumah di Madinah yang didiami oleh penghuninya telah terbakar. Ketika keadaan mereka disampaikan kepada Nabi s.a.w, Baginda pun bersabda: Sesungguhnya api ini merupakan musuh kamu. Oleh itu, apabila kamu hendak tidur maka padamkanlah ia.
