Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Korban > Kitab Korban
    Hadis Al-Bara' r.a katanya: Bapa saudaraku (sebelah emak) Abu Burdah telah menyembelih korban sebelum sembahyang (Hari Raya). Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kambing itu hanya menjadi daging sahaja (tidak menjadi korban dan tidak ada pahalanya). Beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak kambing yang masih muda (berumur enam bulan hingga setahun). Rasulullah s.a.w bersabda: Sembelihlah ia, tetapi bagi selainmu tidak boleh (tidak sah). Baginda bersabda lagi: Sesiapa yang menyembelih korban sebelum sembahyang, dia menyembelih hanya untuk dirinya sendiri dan sesiapa menyembelih sesudah sembahyang, sempurnalah ibadat korbannya dan menepati sunnah kaum Muslimin.info
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda pada hari Nahr (Hari Raya Korban): Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum sembahyang, dia hendaklah mengulanginya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah hari yang memerlukan daging. Lalu dia menyebut keperluan para jirannya seolah-olah Rasulullah s.a.w mempercayainya. Lelaki tadi meneruskan: Aku mempunyai seekor anak kambing (berumur antara enam bulan hingga setahun) yang aku menyayanginya lebih daripada dua ekor kambing. Bolehkah aku menyembelihnya? Lalu Rasulullah s.a.w mengizinkannya. Beliau (Anas) berkata: Aku tidak tahu apakah kelonggaran itu juga adalah untuk orang lain ataupun tidak. Dia berkata lagi: Kemudian Rasulullah s.a.w menghampiri dua ekor kibas, lalu baginda menyembelih keduanya. Orang ramai pun membahagikannya ataupun dibahagikannya.info
webmaster@mymasjid.net.my