Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Cara Ikrar Setia Bagi Perempuan
    Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w: Apabila wanita-wanita mukmin berhijrah kepada Rasulullah s.a.w mereka akan dijanjikan oleh Allah sebagaimana firman-Nya: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِيْنَ Yang bermaksud: Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk memberikan pengakuan taat setia bahawa mereka tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun dan mereka tidak akan mencuri serta tidak akan berzina. Sehinggalah ke akhir ayat. Saidatina Aisyah berkata: Sesiapa yang berikrar setia dengan wanita-wanita beriman tersebut sudah pasti dia akan berikrar setia mengikut tuntutan syarak. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai berikrar setia, baginda bersabda kepada mereka: Beredarlah kerana aku telah berikrar setia kepada kalian semua. Demi Allah, semasa Rasulullah s.a.w berikrar setia, baginda tidak menyentuh sama sekali tangan wanita-wanita tersebut. Baginda hanya melakukan ikrar setia dengan ucapan sahaja. Saidatina Aisyah r.a berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak sekali-kali menuntut keperluannya semasa ikrar terhadap wanita-wanita tersebut melainkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Baginda juga tidak sekali-kali bersalaman dengan wanita-wanita tersebut sebaliknya baginda bersabda kepada mereka: Aku telah berikrar setia kepada kamu dengan ucapan.info
webmaster@mymasjid.net.my