Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan
    Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Masalah ini masih berterusan di kalangan kaum Quraisy, manusia telah menjadi dua golongan iaitu golongan kafir dan Islam.info
    Hadis Jabir bin Samurah r.a katanya: Aku bersama ayahku telah masuk menghadap Nabi s.a.w, lalu aku mendengar baginda bersabda: Sesungguhnya permasalahan ini tidak akan selesai dan akan berterusan sehingga ke zaman dua belas orang Khalifah. Menurut katanya lagi, kemudian baginda berbisik-bisik denganku, lalu aku bertanya ayahku: Apakah yang telah diberitahu oleh baginda. Katanya: Baginda telah bersabda bahawa kedua belas orang khalifah tersebut adalah berasal dari kaum Quraisy.info
webmaster@mymasjid.net.my