Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Kejahatan Yang Dilakukan Oleh Kaum Musyrikin Dan Kaum Munafikin Terhadap Nabi S.a.w
    Hadis Ibnu Mas'ud r.a katanya: Suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang sembahyang berhampiran dengan Kaabah. Sementara itu Abu Jahal dan para sahabatnya duduk di persekitarannya kerana sehari sebelumnya mereka beramai-ramai menyembelih seekor unta, lalu Abu Jahal berkata: Siapakah di antara kamu yang berani mengambil ari-ari unta dari Bani Polan dan meletakkannya ke atas kedua bahu Muhammad apabila dia (baginda) sedang sujud. Seorang daripada mereka tiba-tiba berdiri dan mengambil ari-ari lalu meletakkannya ke atas bahu baginda. Mereka semua ketawa sehingga riuh rendah. Sementara itu aku hanya mampu berdiri dan melihat gelagat tersebut. Seandainya aku mempunyai kekuatan, nescaya aku akan buangkan benda itu dari belakang Rasulullah s.a.w semasa baginda sedang sujud yang amat lama. Baginda tidak mengangkat kepalanya sehingga salah seorang melaporkan perkara tersebut kepada Fatimah yang waktu itu sudah menjadi seorang gadis. Tidak lama kemudian datanglah Fatimah lalu membuang ari-ari tersebut dari tubuh Rasulullah s.a.w, kemudian Fatimah memalingkan mukanya ke arah orang-orang kafir Quraisy tersebut seraya mencaci-maki mereka. Setelah Nabi s.a.w selesai dari sembahyangnya, baginda mengangkat suaranya ke arah orang-orang kafir sambil berdoa ke atas mereka. Apabila baginda berdoa dan memohon baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang Quraisy ini dengan berdoa sebanyak tiga kali. Ketika mereka mendengar suara Nabi s.a.w itulah mereka serta merta berhenti dari ketawa. Mereka benar-benar takut dengan doa baginda. Kemudian Nabi s.a.w berdoa lagi: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abu Mu'ait kemudian yang ketujuh aku lupa namanya. Demi Zat yang mengutuskan Muhammad s.a.w dengan membawa kebenaran, sesungguhnya aku melihat orang-orang yang baginda sebut itu terbunuh sewaktu peperangan Badar kemudian mereka diheret ke dalam telaga Badar.info
    Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w: Sesungguhnya beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Adakah kamu pernah mengalami suatu hari yang lebih berat daripada hari peperangan Uhud? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Waktu itu aku bertemu dengan kaummu (Quraisy), tetapi yang paling berat lagi ialah ketika aku berada pada hari Aqabah. Aku menyeru Ibnu Abdul Yalil bin Abdul Kulal untuk mengikuti aku (agama Islam). Namun beliau enggan memenuhi ajakan tersebut. Aku seterusnya pergi meninggalkan tempat itu tanpa tahu arah mana yang harus aku tuju. Aku tidak tahu ke mana langkahku, tetapi yang jelasnya aku telah sampai di daerah Qarnu Tha'alib. Aku mengangkat kepalaku ke langit, maka pada saat itulah aku melihat sekumpul awan telah menaungiku. Setelah aku perhatikan dengan lebih cermat, ternyata di dalam awan tersebut ada Jibril yang memanggil-manggilku dengan berkata: Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu dan jawapan mereka terhadapmu. Allah telah mengutuskan Malaikat penunggu gunung untukmu dan kamu hanya menyuruhnya untuk melakukan apa yang kamu inginkan terhadap mereka. Tidak lama kemudian datanglah Malaikat penunggu gunung yang memanggil-manggilku. Setelah memberi salam kepadaku, dia berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah sudah mendengar jawapan kaummu kepadamu. Aku adalah malaikat penunggu gunung. Aku telah diutuskan oleh tuhanmu untuk melaksanakan apakah yang kamu perintahkan kepadaku atau apa yang kamu inginkan? Jika kamu inginkan supaya mereka dihimpit oleh kedua gunung di Mekah itu pun, nescaya dengan segera aku akan laksanakannya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Malaikat penunggu gunung tersebut: Tidak! Sebaliknya aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan keturunan mereka supaya beribadat kepada Allah dan tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.info
    Hadis Jundub bin Sufian r.a katanya: Jari Rasulullah s.a.w pernah terluka dan mengeluarkan darah dalam satu peperangan. Baginda bersabda kepada jarinya: åóáú ÃóäúÊö ÅöáøóÇ ÅöÕúÈóÚñ ÏóãöíÊö æóÝöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ãóÇ áóÞöíÊö Yang bermaksud: Kamu hanyalah sebatang jari yang berdarah. Namun apa yang kamu alami pada jalan Allah akan diperhitungkan.info
    Hadis Jundub r.a katanya: Pernah suatu ketika Jibril terlewat turun menemui Rasulullah s.a.w, lalu berkatalah orang-orang musyrik: Sesungguhnya Muhammad telah ditinggalkan. Maka Allah s.w.t berfirman: وَالضُّحَى وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Demi waktu (Dhuha) dan demi malam apabila telah sunyi, tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula benci kepadamu.info
webmaster@mymasjid.net.my