Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Al Aiman Iaitu Sumpah > Bab Galakan Kepada Seseorang Yang Terlanjur Bersumpah Maka Dia Tahu Perkara Yang Lebih Baik Daripada (sumpah) Itu, Agar Melakukan Perkara Yang Lebih Baik Tadi Dan Membayar Denda (kifarat) Dari Sumpahnya Itu
    Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya: Ketika aku bersama dengan sekelompok golongan Al-Asy'ariy pergi kepada Nabi s.a.w meminta unta untuk mengangkut barang-barang yang kami bawa. Baginda bersabda: Demi Allah, aku tidak dapat memberi kepada kamu, aku tidak memiliki apa-apa untuk diberi kepada kamu semua. Kemudian setelah diam beberapa ketika, dia telah diberi unta oleh seseorang kemudian memerintahkan kepada kami untuk menggunakan tiga ekor unta tersebut yang kesemuanya berwarna putih. Ketika kami berangkat, aku berkata atau (setengah dari kalangan kami berkata): Allah tidak akan memberi keberkatan kepada kita. Dahulu ketika kita datang kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta kenderaan (unta) baginda terlanjur bersumpah tidak akan memberikan kepada kita. Tetapi sekarang baginda memenuhi permintaan kita. Kemudian mereka datang menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan hal itu kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Bukan aku yang telah memberi kepada kamu semua, tetapi Allah yang telah memberi kepada kamu. Demi Allah, aku berani menyatakan bahawa sekiranya aku telah terlanjur bersumpah lalu aku tahu ada perkara yang lebih baik dari sumpahku itu, maka aku akan membayar denda (kifarat) akibat dari sumpahku tadi dan aku akan melakukan perkara yang lebih baik itu.info
    Hadis Abdul Rahman bin Samurah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu memohon untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika pimpinan diberikan kepada kamu bukan kerana permohonan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tanpa menghadapi banyak masalah. Jika kamu telah terlanjur bersumpah, kemudian kamu melihat ada sesuatu yang lebih baik daripada sumpahmu itu, maka hendaklah kamu membayar denda iaitu kifarat dari sumpahmu tadi dan hendaklah kamu melakukan sesuatu yang lebih baik itu.info
webmaster@mymasjid.net.my