Hadis Ibnu Umar r.a: Umar bin Al-Khattab pernah mengeluarkan sedekah seekor kuda yang baik kepada orang yang berperang fi sabilillah kemudian dia mendapati kuda itu ingin dijual lantas dia berhasrat untuk membelinya. Maka dia bertanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda: janganlah kamu membelinya dan jangan pula kamu mengambil balik sedekahmu itu.
