Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi s.a.w datang ke Madinah, di mana penduduknya sentiasa menempah buah-buahan yang akan diserahkan dalam jangka waktu satu atau dua tahun. Maka Baginda bersabda: Sesiapa yang menempah buah kurma maka hendaklah menempah dalam sukatan yang jelas atau timbangan yang jelas dan sampai pada tempoh waktu yang jelas.
