Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Larangan Menjual (menukarkan) Perak Dengan Emas Secara Hutang Atau Tangguh
    Hadis Al-Bara' bin Azib r.a: Diriwayatkan daripada Abu Minhal katanya: Rakan kongsi aku pernah menjual perak dan pembayarannya ditangguhkan sehingga musim Haji. Dia datang kepadaku dan memberitahu perkara itu. Maka aku berkata: Itu suatu perkara yang tidak baik. Beliau menjawab: Tapi aku telah menjualnya di pasar dan tiada seorangpun yang menghalangku. Maka aku (Abu Minhal) pergi menemui Al-Bara' bin Azib dan bertanya masalah itu. Dia berkata: Nabi s.a.w datang ke Madinah dan kami kebiasaannya melakukan jual beli seperti itu, maka baginda bersabda: Apa sahaja yang terus diserahkan dan diterima, adalah tidak mengapa. Tetapi yang bertempoh adalah riba. Pergilah berjumpa Zaid bin Arqam, perniagaannya lebih maju daripada perniagaanku. Aku terus menemuinya dan menanyakan masalah itu. Beliau menjawab sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Bara'.info
    Hadis Abu Bakrah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang dari penukaran perak dengan perak, emas dengan emas, kecuali sama jumlahnya. Baginda menyuruh kami agar membeli perak (dibayar) dengan emas menurut kehendak kami dan membeli emas (dibayar) dengan perak menurut kehendak kami. Seorang lelaki bertanya kepada baginda: Terus diserahkan dan diterima? Abu Bakrah berkata: Demikianlah yang aku dengar.info
webmaster@mymasjid.net.my