Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Pengharaman Jual Beli Arak, Bangkai, Babi Dan Patung Berhala
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut.info
    Hadis Sayidina Umar r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya: Umar terdengar bahawa Samurah menjual arak, maka beliau berkata: Semoga Allah membinasakan Samurah. Adakah dia tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Semoga Allah melaknati orang Yahudi. Ketika diharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka mencairkannya lalu menjualnya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Semoga Allah membinasakan orang Yahudi. Ketika Allah mengharamkan lemak bangkai ke atas mereka, mereka menjualnya lalu memakan hasil penjualan tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my