Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Kelebihan Memberi Penangguhan (tempoh) Kepada Orang Yang Dalam Kesukaran
    Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Para Malaikat akan bertemu dengan roh seorang lelaki dari umat sebelum kamu. Mereka bertanya: Adakah kamu pernah melakukan suatu kebaikan? Roh lelaki itu menjawab: Tidak! Mereka berkata lagi: Cuba fikir dahulu. Roh lelaki itu berkata: Dahulu, aku pernah memberi hutang kepada seseorang, lalu aku menyuruh pembantu aku supaya memberi penangguhan (tempoh) kepada orang yang dalam kesukaran dan memaafkan orang yang mendapatkan kelapangan (jika ada sedikit kekurangan dalam pembayaran hutangnya). Allah s.w.t berfirman (kepada para Malaikat): Maafkanlah beliau.info
    Hadis Abi Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada seorang lelaki dari umat sebelum kamu, diperhitungkan amalannya, maka tidak ada satu pun kebaikan melainkan beliau banyak memberi hutang kepada orang ramai kerana beliau adalah seorang yang kaya. Beliau menyuruh para pembantunya agar memberi kemudahan terhadap orang yang dalam kesukaran. Maka Allah s.w.t berfirman: Kami lebih berhak berbuat begitu daripada beliau. Berilah kemudahan kepada beliau.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Suatu ketika dahulu ada seorang lelaki yang pernah memberi hutang kepada orang ramai. Beliau berkata kepada pembantunya: Apabila kamu menagih hutang daripada orang yang dalam kesulitan, berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memberi kemudahan pula kepada kita. Kemudian beliau menemui Allah, maka Allah memberi kemudahan kepadanya.info
webmaster@mymasjid.net.my