Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Bahawa dia bercadang membeli hamba perempuan untuk dimerdekakan. Pemilik hamba perempuan itu berkata: Kami akan menjualnya dengan syarat iaitu hak pewarisan kerana memerdekakan untuk kami. Aisyah mengadu mengenainya kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda: Dia tidak dapat menghalangimu untuk mendapatkan hak walak (nasab hamba yang dimerdekakan serta harta yang diwarisi) kerana dia hanyalah untuk orang yang memerdekakan.
