Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a: Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.
