Hadis Anas r.a: Setelah Sayidina Ali k.w kembali dari Yaman, Nabi s.a.w bertanya kepadanya: Bagaimana kamu berniat Haji dan bertalbiah? Sayidina Ali k.w menjawab: Aku berniat Haji dan bertalbiah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Kalaulah aku tidak membawa binatang korban tentu aku telah bertahalul.
Hadis Anas r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w menggabungkan dua bacaan talbiah sekaligus iaitu: لَبَّيْكَ عُمْرَةً وَحَجًّا لَبَّيْكَ عُمْرَةً وَحَجًّا Maksudnya: Tuhanku! Aku penuhi panggilan-Mu untuk mengerjakan ibadat Umrah serta ibadat Haji. Tuhanku! Aku penuhi panggilan-Mu untuk memenuhi ibadat Umrah dan ibadat Haji.
