Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Muawiah pernah berkata kepadanya: Tahukah kamu, aku pernah menggunting rambut Rasulullah s.a.w dengan anak panah ketika berada di Marwah? Aku berkata kepadanya: Tidak dan aku tahu bahawa ini adalah hujah (alasan) dari dirimu sendiri!.
