Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi s.a.w berihram Umrah manakala para sahabat berihram Haji. Nabi s.a.w tidak bertahallul begitu juga dengan sahabat-sahabat yang membawa binatang korban sedangkan sahabat-sahabat yang lain bertahallul. Oleh kerana Talhah bin Ubaidullah adalah termasuk dari kalangan sahabat yang membawa binatang korban maka dia juga tidak bertahalul.
