Hadis Saidatina Hafsah isteri Nabi s.a.w katanya: Wahai Rasulullah s.a.w! Mengapakah mereka telah bertahallul sedangkan engkau belum bertahallul dari Umrah? Baginda menjawab: Aku telah terlanjur menjalin rambutku dan aku telah meletak tanda pada binatang bahawa aku akan jadikannya sebagai Dam. Jadi aku tidak akan bertahallul melainkan setelah menyembelihnya.
