Hadis Ibnu Abbas r.a: Daripada Nabi s.a.w, seorang lelaki telah terjatuh dari untanya sehingga patah lehernya lalu meninggal dunia. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara serta kapankanlah dia dengan kedua pakaiannya dan jangan kamu tutup kepalanya kerana sesungguhnya Allah akan menghidupkannya kembali pada Hari Kiamat dalam keadaan bertalbiah.
