Hadis Ibnu Abbas r.a: Nabi s.a.w pernah berbekam ketika baginda sedang berihram.
Hadis Ibnu Buhainah r.a: Nabi s.a.w pernah berbekam di bahagian tengah kepala ketika baginda berada di sebuah tempat untuk menuju ke Kota Mekah, baginda dalam keadaan berihram.
