Hadis Kaab bin Ujrah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menemuiku pada tahun peristiwa Hudaibiah. Ketika itu aku sedang menyalakan api. Al-Qawaririy berkata: Di bawah bekas memasak milikku. Abu Ar-Rabie' pula berkata: Di bawah periukku dan kutu terdapat di wajahku. Baginda bertanya kepadaku: Adakah kutu di kepalamu itu menyakitkanmu? Aku jawab: Ya! Baginda bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari, berilah makan enam orang miskin atau korbankanlah seekor kambing.
