Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Ketika turun ayat:وَعَلَي الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ Yang bermaksud: Dan diwajibkan bagi orang yang tidak terdaya melakukannya iaitu berpuasa supaya membayar fidyah (memberi makan kepada orang miskin). Menyebabkan ada seseorang yang ingin berbuka dan membayar fidyah. Sehingga turunlah ayat berikutnya yang menasakhkannya.
