Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Hati orang tua menjadi muda kerana mencintai dua perkara: Mencintai hidup dan harta.
Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.
