Hadis Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w memberikan sesuatu kepada aku, lalu aku berkata: Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya berbanding dengan diriku. Pada kali yang berikutnya baginda memberikan wang kepada aku. Aku berkata: Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya berbanding dengan diri aku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ambillah! Apa jua pun harta yang didatangkan kepadamu sedangkan kamu tidak merasa tamak dan tidak meminta-minta. Oleh itu ambillah sekiranya kamu tidak merasa begitu dan janganlah engkau biarkan nafsumu mengikutinya.
