Hadis Muawiyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku hanyalah bendahari. Sesiapa yang aku berikannya dalam keadaan senang hati maka dia akan diberkati dalam pemberian itu dan sesiapa yang aku berikannya kerana dia meminta maka dia bagaikan orang yang makan tetapi tidak pernah kenyang.
