Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Kelebihan Menafkah Serta Bersedekah Kepada Kaum Kerabat, Isteri, Anak Anak Dan Kedua Orang Tua Walaupun Mereka Orang Orang Musyrik Iaitu Bukan Islam
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Dulu, Abu Talhah r.a adalah salah seorang daripada kaum Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah. Harta yang paling disayanginya ialah kebun Bairaha yang menghala tepat ke masjid. Rasulullah s.a.w selalu masuk ke kebun itu untuk minum air yang enak terdapat di situ. Anas berkata lagi: Ketika turun ayat áóäú ÊóäóÇáõæÇ ÇáúÈöÑøó ÍóÊøóì ÊõäúÝöÞõæÇ ãöãøóÇ ÊõÍöÈøõæäó Yang bermaksud: Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Kemudian Abu Talhah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Allah telah berfirman dalam kitab-Nya: áóäú ÊóäóÇáõæÇ ÇáúÈöÑøó ÍóÊøóì ÊõäúÝöÞõæÇ ãöãøóÇ ÊõÍöÈøõæäó Yang bermaksud: Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Sedangkan harta yang paling kucintai adalah kebun Bairaha, lalu kebun itu aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan bekalannya iaitu pahalanya di akhirat di sisi Allah. Dari itu, wahai Rasulullah! Manfaatkanlah kebun itu semahumu. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Eloklah! Itu adalah harta yang menguntungkan, itu adalah harta yang menguntungkan! Aku telah mendengar apa yang engkau katakan mengenai kebun itu dan pendapatku, seeloknya kebun itu engkau berikan kepada kaum kerabatmu. Abu Talhah pun membahagikan kebun itu dan memberikan kepada kaum kerabat dan anak-anak saudaranya.info
    Hadis Maimunah binti Al-Harith r.a: Sesungguhnya aku telah memerdekakan seorang hamba pada zaman Rasulullah s.a.w. Ketika hal itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun bersabda: Seandainya hamba itu engkau berikan kepada ibu-ibu saudaramu, tentu lebih besar lagi pahala untukmu.info
    Hadis Zainab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersedekahlah kamu wahai kaum wanita meskipun dari perhiasan kamu. Setelah aku kembali kepada Abdullah r.a aku berkata: Engkau adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai banyak harta, sedangkan Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami supaya bersedekah. Oleh itu pergilah berjumpa baginda dan tanyakanlah sekiranya benar begitu iaitu adakah memadai aku bersedekah kepadamu. Sekiranya tidak, aku akan memberikannya pula kepada orang lain. Zainab berkata: Abdullah berkata kepadaku: Engkau sahajalah yang pergi menemui baginda! Zainab berkata: Lalu aku pun berangkat. Ternyata di hadapan pintu rumah Rasulullah s.a.w sudah ada seorang wanita dari golongan Ansar yang sama tujuannya denganku. Zainab berkata lagi: Rupanya pada waktu itu Rasulullah s.a.w merasa segan. Zainab berkata: Lantas Bilal keluar menemui kami. Kami pun berkata kepadanya: Temuilah Rasulullah s.a.w dan sampaikan kepada baginda bahawa ada dua orang wanita di hadapan pintu yang ingin bertanya: Adakah memadai sedekah mereka berdua diberikan kepada suami mereka dan kepada anak-anak yatim yang berada dalam tanggungan mereka? Tetapi janganlah beritahu siapa kami. Zainab berkata: Lalu Bilal masuk menemui Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya kepada Bilal: Siapakah mereka berdua? Dia menjawab: Seorang wanita dari golongan Ansar dan Zainab. Rasulullah s.a.w bertanya: Zainab yang mana satu? Bilal menjawab: Isteri Abdullah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Mereka berdua mendapatkan dua ganjaran iaitu ganjaran kerana kaum kerabat dan ganjaran sedekah.info
    Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah! Adakah aku akan mendapat pahala bila aku memberi nafkah kepada anak Abu Salamah, sedangkan aku tidak mahu membiarkan mereka begini dan begini iaitu ke sana sini mencari rezeki, walaupun begitu mereka adalah anak-anakku. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar, engkau akan mendapat pahala atas apa yang engkau nafkahkan kepada mereka.info
    Hadis Abu Mas'ud Al-Badri r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah.info
    Hadis Asma' r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Ibuku datang kepadaku dalam keadaan ingin menyambung hubungan Silaturahim, inginkan kesenangan dan kemewahan yang ada kepadaku serta meminta daripadaku. Bolehkah aku menyambungkan hubungan dengannya? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya! boleh.info
webmaster@mymasjid.net.my