Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda dengan menyampaikan firman Allah s.w.t: Wahai anak Adam! Berbelanjalah kamu, pasti Aku akan membelanjakanmu dan Rasulullah s.a.w menyambung: Anugerah Allah itu melimpah-ruah lagi cepat. Ibnu Numair r.a berkata: Penuh melimpah-ruah dan tidak mengurangi dariNya sedikitpun samada malam ataupun siang.
