Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Membayar Zakat Dan Halangan Mengeluarkannya
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutus Umar r.a untuk memungut zakat. Nabi diberitahu bahawa: Ibnu Jamil, Khalid bin Al-Walid dan Al-Abbas bapa saudara Nabi s.a.w enggan mengeluarkan zakat. Mendengar peristiwa itu Rasulullah s.a.w bersabda: Penolakan Ibnu Jamil tidak lain hanyalah mengingkari terhadap nikmat. Dulu dia melarat, lalu Allah menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka kamulah yang bertindak secara kasar terhadapnya. Dia telah menyimpan baju besi dan peralatan perangnya demi perjuangan di jalan Allah. (Para pemungut zakat meminta kepada Khalid agar mengeluarkan zakat dari peralatan perangnya kerana mereka menyangka, peralatan itu barang dagangan yang harus dikeluarkan zakatnya). Khalid berkata: Aku tidak wajib mengeluarkan zakat kepada kamu. Itulah sebabnya mereka melaporkan kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia enggan mengeluarkan zakat. Sedangkan Al-Abbas, maka zakatnya adalah menjadi tanggungjawabku untuk menyelesaikannya, begitu juga zakat seumpamanya. Kemudian baginda bersabda: Wahai Umar! Tidakkah engkau merasa bahawa seorang bapa saudara itu sama seperti ayahnya?.info
webmaster@mymasjid.net.my