Indeks Kitab

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Aku bersama Rasulullah s.a.w dalam suatu perjalanan sehinggalah kami berhenti di suatu jalan yang menghubungkan dengan suatu tempat yang ada air. Rasulullah s.a.w bertanya: Tidakkah kamu ingin mendapatkan air, wahai Jabir? Aku menjawab: Sudah tentu! Beliau berkata lagi: Kemudian Rasulullah s.a.w turun dan aku mengambil air. Jabir berkata: Rasulullah pergi menunaikan hajatnya dan aku menyediakan air untuk baginda berwuduk. Setelah selesai menunaikan hajat baginda kembali kepadaku lalu berwuduk dan bangkit seterusnya sembahyang dengan menggunakan sehelai pakaian yang diikat antara dua punca kain tersebut. Aku berdiri di belakang baginda, lalu baginda memegang telingaku dan menarikku ke arah kanan baginda.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1285

Translation

Jabir bin 'Abdullah, may Allah be pleased with them, reported:
I accompanied the Messenger of Allah (may peace be upon him) in a journey and we reached a watering place. He asked: Jabir, are you going to enter it? I said: Yes. The Messenger of Allah (may peace be upon him) then got down and I entered it. He (the Holy Prophet) then went away to relieve himself and I placed for him water for ablution. He then came back and performed ablution, and then stood and prayed in one garment, having its ends tied from the opposite sides. I stood behind him and he caught hold of my ear and made me stand on his right side. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1285

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my