Indeks Kitab

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Suatu malam aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah. Pada malam tersebut Nabi s.a.w bangun lalu menunaikan hajatnya (hadas). Kemudian baginda membasuh muka dan kedua tangannya lalu baginda tidur, kemudian baginda bangkit lagi. Setelah itu baginda menuju ke Kirbah (iaitu bekas yang digunakan untuk menyimpan air diperbuat dari kulit) lalu membuka penutupnya. Kemudian baginda mengambil wuduk, wuduk di antara dua wuduk (wuduk pertama dengan wuduk kedua). Kemudian baginda berdiri lalu sembahyang, aku pun bangkit perlahan-lahan supaya baginda tidak melihatku, lantas aku mengambil wuduk lalu aku sembahyang di sebelah kiri baginda, baginda menarik tanganku supaya aku berpindah ke sebelah kanannya. Rasulullah s.a.w menyempurnakan sembahyang malam sebanyak tiga belas rakaat. Kemudian baginda berbaring, lalu tidur sehingga berdengkur. Kemudian datanglah Bilal lalu melaungkan azan. Lalu baginda bangkit dan terus mendirikan sembahyang tanpa berwuduk terlebih dahulu. Baginda membaca di dalam doanya: اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورً Yang bermaksud: Tuhanku! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1274

Translation

Ibn 'Abbas, may Allah be pleased with them, reported:
I spent a night with my maternal aunt Maimunah. The Messenger of Allah (may peace be upon him) got up during the night and relieved himself, then washed his face and hands and went to sleep. He then got up again and came to the water skin and loosened its straps, then performed good ablution between the two extremes. He then stood up and observed the Prayer, I also stood up and stretched my body fearing that he might be under the impression that I was there to find out (what he did at night). So I also performed ablution and stood up to pray, but I stood on his left side. He took hold of my hand and made me go round to his right side. The Messenger of Allah (may peace be upon him) completed thirteen rak'ahs of his Night Prayer. He then lay down and slept and snored (and it was his habit to snore while asleep). Then Bilal came and he informed him about the Prayer. He (the Holy Prophet) then stood up for the Prayer and did not perform ablution, and his supplication included these words: "O Allah, place light in my heart, light in my sight, light in my hearing, light on my right hand, light on my left hand, light above me, light below me, light in front of me, light behind me, and enhance light for me." Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1274

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my