Indeks Kitab

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Zurarah r.a katanya: Saad bin Hisyam bin Amir ingin berperang di jalan Allah. Ketika datang ke Madinah beliau menemui beberapa orang dari penduduk Madinah, lalu mereka menahan niat tersebut dan memberitahunya bahawa enam orang yang lengkap dengan peralatan perang seperti pedang dan kuda juga mempunyai niat yang sama pada zaman Nabi s.a.w, tetapi Rasulullah s.a.w telah menahan mereka dengan pertanyaan: Bukankah aku ini merupakan contoh teladan bagi kamu? Apabila Nabi berkata demikian lalu beliau merujuk isterinya yang telah diceraikan sebelum ini. Aku bersaksi bahawa aku telah merujuk isteriku. Kemudian aku menemui Ibnu Abbas lalu aku bertanya kepadanya mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menjawab: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu orang di atas muka bumi ini yang paling tahu berkenaan dengan witir Rasulullah s.a.w. Saad bertanya: Siapa? Beliau menjawab: Aisyah pergilah kamu menemuinya dan tanyalah kepadanya kemudian kamu datang kepadaku dan beritahulah apakah jawapannya nanti. Lalu aku bercadang untuk menemui Aisyah, dalam pada itu aku pergi menemui Hakim bin Aflah, lalu aku meminta supaya beliau bertanya Aisyah mengenai perkara tersebut. Beliau berkata: Aku bukanlah orang yang rapat dengannya kerana aku melarangnya dari memperkatakan tentang kedua-dua pihak tersebut (iaitu semasa pertelingkahan antara Aisyah dengan Ali) dan aku enggan menyokong mana-mana pihak kecuali setelah beberapa lama. Beliau berkata: Setelah aku meyakinkannya, beliau bersetuju untuk pergi bersamaku. Lalu kami berdua pergi mendapatkan Aisyah dan kami meminta izin untuk menemuinya, kemudian beliau mengizinkan kami menemuinya, lalu kami masuk menemuinya seraya Aisyah bertanya: Adakah kamu ini seorang hakim? Hakim memperkenalkan dirinya seraya menjawab: Benar! Aisyah bertanya lagi: Siapakah yang bersama kamu? Hakim menjawab: Saad bin Hisyam! Aisyah bertanya lagi: Siapa Hisyam? Hakim menjawab: Ibnu Amir! Lalu Aisyah mendoakan agar aku dirahmati Allah dengan kata-kata: Kebaikan (iaitu kebaikan untukku). Qatadah berkata: Sesungguhnya aku cedera semasa peperangan Uhud, lalu aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Ceritakanlah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Bukankah kamu membaca Al-Quran? Aku menjawab: Benar! Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w ialah Al-Quran. Qatadah berkata: Fahamlah aku apakah yang perlu aku lakukan dan aku tidak akan bertanya sesiapa pun mengenai sesuatu sehingga aku mati. Kemudian aku ingin tahu mengenai sesuatu, lalu aku bertanya: Ceritakanlah kepada aku mengenai sembahyang malam Rasulullah s.a.w. Aisyah berkata: Bukankah kamu pernah membaca ayat Al-Quran: يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ Yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Aku berkata: Benar! Aku pernah membacanya. Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya Allah s.w.t (Yang Maha Mulia lagi Maha Agung) telah mewajibkan sembahyang malam pada awal surah tersebut. Maka Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya telah mendirikannya selama setahun. Allah tidak menurunkan penutup bagi ayat tersebut dan menahannya selama dua belas bulan di langit sehinggalah diturunkan beberapa ayat pada penghujung surah tersebut sebagai satu keringanan, maka jadilah sembahyang malam itu sebagai satu perkara yang sunat selepas ianya diwajibkan. Aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Terangkan kepadaku mengenai sembahyang witir Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Kami menyediakan kayu sugi dan air untuk wuduk baginda. Allah akan membangkitkan baginda pada bila-bila masa yang baginda kehendaki, apabila baginda bangun, baginda bersugi dan mengambil wuduk dan baginda sembahyang sembilan rakaat tanpa duduk melainkan pada rakaat yang kelapan, baginda berzikir, bertahmid (memuji) dan berdoa kepada Allah, kemudian baginda bangkit tanpa memberi salam. Seterusnya baginda berdiri, lalu meneruskan rakaat yang kesembilan, kemudian baginda duduk lagi seraya berzikir, bertahmid, berdoa kepada Allah, lalu memberi salam, salam yang dapat didengari oleh kami semua. Selepas itu baginda sembahyang dua rakaat selepas memberi salam dalam keadaan duduk. Semua rakaat sembahyang Rasulullah s.a.w berjumlah sebelas rakaat. Wahai anakku! Ketika umur Rasulullah s.a.w meningkat tua dan semakin berisi, baginda hanya melakukan sunat witir sebanyak tujuh rakaat sahaja, di samping baginda melakukan dua rakaat sebagaimana dua rakaat yang baginda lakukan dahulu, jadi semuanya berjumlah sembilan rakaat. Wahai anakku! Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila sembahyang baginda suka sembahyang berterusan. Apabila baginda tertidur atau tidak sedar pada waktu malam baginda akan melakukannya pada waktu siang sebanyak dua belas rakaat. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w membaca Al-Quran seluruhnya dalam satu malam dan aku juga tidak pernah melihat Nabi s.a.w mendirikan sembahyang hingga ke waktu Subuh atau berpuasa selama sebulan berturut-turut selain dari bulan Ramadan. Saad berkata: Setelah aku mendengar jawapan dari Aisyah tersebut, aku lantas menemui Ibnu Abbas dan menceritakan kembali kepadanya. Ibnu Abbas berkata: Benarlah Aisyah. Seandainya aku berada berhampiran dengannya atau boleh menemuinya, nescaya aku sendiri akan menemuinya sehingga aku dapat bercakap secara langsung dengannya. Saad berkata: Aku menyebut: Sekiranya aku tahu bahawa kamu tidak dapat menemuinya nescaya aku tidak akan menceritakan Hadis tersebut.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1233

Translation

'A'ishah's Hadith, may Allah be pleased with her.
Zurarah reported: Sa'd bin Hisham bin 'Amir decided to participate in an expedition in the cause of Allah. When he came to Medina, he met some of its people. They dissuaded him from doing such a thing, and informed him that a group of six men had decided to do so during the lifetime of the Messenger of Allah (may peace be upon him) and the Messenger of Allah (may peace be upon him) forbade them to do it, and asked: Is there not in me a good example for you? And when they narrated this to him (Sa'd bin Hisham), he returned to his wife, though he had divorced her and made (people) witness to his reconciliation. He then came to Ibn 'Abbas and asked him about the Witr of the Messenger of Allah (may peace be upon him). Ibn 'Abbas asked: Should I not lead you to one who knows best among the people of the world about the Witr of the Messenger of Allah (may peace be upon him)? He asked: Who is it? He (Ibn 'Abbas) said: It is 'A'ishah. So go to her and ask her (about Witr) and then come to me and inform me about the answer that she would give you. So I came to Hakim bin Aflah and requested him to take me to her. He said: I would not go to her, for I forbade her to speak anything (about the conflict) between the two groups, but she refused (to accept my advice) and went (to participate in that conflict). I (requested) him (Hakim) with an oath to lead me to her. So we went to 'A'ishah and we begged permission to meet her. She granted us permission and we went in. She asked: Are you Hakim? (She recognized him). He replied: Yes. She asked: Who is there with you? He said: He is Sa'd bin Hisham. She asked: Which Hisham? He said: He is Hisham bin 'Amir. She blessed him ('Amir) with mercy from Allah and spoke good of him (Qatadah said that he died as a martyr in Uhud). I said: Mother of the Believers, tell me about the character of the Messenger of Allah (may peace be upon him). She asked: Do you not read the Qur'an? I said: Yes. Upon this she said: The character of the Messenger of Allah (may peace be upon him) was the Qur'an. He said: I felt inclined to get up and not ask anything (further) till I die. But then I changed my mind and said: Inform me about the observance (of the Night Prayer) of the Messenger of Allah (may peace be upon him). She asked: Did you not recite: "O you wrapped up"? He said: Yes. She said: Allah, the Exalted and the Glorious, made the observance of the Night Prayer at the beginning of this surah obligatory. So the Messenger of Allah (may peace be upon him) and his Companions around him observed this (Night Prayer) for one year. Allah held back the concluding portion of this surah for twelve months in the heaven till (at the end of this period) Allah revealed the concluding verses of this surah which lightened (the burden of this Prayer), and the Night Prayer became a supererogatory Prayer after being an obligatory one. I said: Mother of the Believers, inform me about the Witr of the Messenger of Allah (may peace be upon him) she said: I used to prepare tooth stick for him, water for his ablution, and Allah would rouse him to the extent He wished during the night. He would use the tooth stick, and perform ablution, and would offer nine rak'ahs and would not sit but in the eighth one and would remember Allah, and praise Him and supplicate Him, then he would get up without uttering the salutation and pray the ninth rak'ah. He would then sit, remember Allah, praise Him and supplicate Him and then utter a salutation loud enough for us to hear. He would then pray two rak'ahs sitting after uttering the salutation and that made eleven rak'ahs. O my son, but when the Messenger of Allah (may peace be upon him) grew old and put on flesh, he observed Witr of seven, doing in the two rak'ahs as he had done formerly, and that made nine. O my son, and when the Messenger of Allah (may peace be upon him) observed the Prayer, he liked to keep on observing it, and when sleep or pain overpowered him and made it impossible (for him) to observe the Prayer at night, he prayed twelve rak'ahs during the day. I am not aware of Allah's Prophet (may peace be upon him) having recited the whole Qur'an during one single night, or praying through the night till morning, or fasting a complete month except Ramadan. He (the narrator) said: I then went to Ibn 'Abbas and narrated to him the Hadith (transmitted from her), and he said: She says the truth If I went to her and got into her presence, I would have listened to it orally from her. He said: If I were to know that you do not go to her, I would not have transmitted this Hadith to you narrated by her. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1233

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my