Indeks Kitab

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Ishak r.a katanya: Aku pernah bertanya Al-Aswad bin Yazid r.a tentang apa yang diceritakan oleh Aisyah r.a kepadanya mengenai sembahyang Rasulullah s.a.w. Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w tidur pada awal malam dan baginda bangkit pada akhir malam. Kemudian sekiranya baginda mempunyai kemahuan terhadap isterinya, baginda menunaikan hajat baginda itu, kemudian baginda tidur. Apabila terdengar azan yang pertama (Aisyah berkata): baginda akan bangkit tergesa-gesa. (Demi Allah! Aisyah tidak mengatakan: Baginda bangkit) lalu mengambil air dan membasuh tubuh baginda. (Begitu juga demi Allah! Aisyah tidak mengatakan bahawa: Rasulullah mandi dan aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Aisyah), sekiranya baginda tidak dalam keadaan junub baginda hanya akan mengambil wuduk untuk sembahyang kemudian baginda sembahyang dua rakaat.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1223

Translation

'A'ishah's Hadith, may Allah be pleased with her.
Abu Ishaq said: I asked Al-Aswad about what 'A'ishah told him concerning the Prayer of Allah's Messenger, (peace be upon him). She said: He used to sleep in the early part of the night, and wake up in the latter part. If he then wished intercourse with his wife, he satisfied his desire, and then went to sleep; when the first call to the Prayer was made, he jumped. By Allah, she, (i.e. 'A'ishah) did not say: He stood up, and poured water over him. By Allah she, (i.e. 'A'ishah) did not say that he took a bath but I know what she (meant) and if he did not have an intercourse, he performed ablution, just as a man performs ablution for the Prayer and then observed two rak'ahs. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1223

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my