Indeks Kitab

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1219

Translation

'A'ishah's Hadith, may Allah be pleased with her.
Abu Salamah bin 'Abdul-Rahman reported that he asked 'A'ishah, may Allah be pleased with her, about the (Night) Prayer of the Messenger of Allah (may peace be upon him) during the month of Ramadan. She said: The Messenger of Allah (may peace be upon him) did not observe either in Ramadan or in any other month more than eleven rak'ahs (of the Night Prayer). He (in the first instance) observed four rak'ahs. Ask not about their excellence and their length (i.e. these were matchless in perfection and length). He again observed four rak'ahs, and ask not about their excellence and length. He would then observe three rak'ahs (of the Witr Prayer). 'A'ishah again reported: I asked: Messenger of Allah, do you sleep before observing the Witr Prayer? He said: O 'A'ishah, my eyes sleep but my heart does not. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1219

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my