Indeks Kitab

Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Hafsin bin Asim r.a katanya: Ibnu Umar pernah menceritakan kepada kami dengan katanya: Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku menemani Rasulullah s.a.w semasa dalam musafir. Baginda mendirikan sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehinggalah datangnya ketetapan daripada Allah. Aku juga pernah mengiringi Abu Bakar dan beliau mendirikan sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehingga datangnya ketetapan daripada Allah. Begitu juga aku pernah mengiringi Umar beliau juga tidak pernah sembahyang lebih dari dua rakaat sehingga datangnya ketetapan daripada Allah. Kemudian aku mengiringi Othman dan beliau sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehinggalah datangnya ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya dalam diri Rasulullah bagi kamu ada satu teladan yang baik.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1112

Translation

Ibn 'Umar's Hadith, may Allah be pleased with them.
Hafs bin 'Asim said that Ibn 'Umar told us: O my nephew! I accompanied the Messenger of Allah (may peace be upon him) on a journey, and he made no addition to two rak'ahs, till Allah caused him to die. Then, I accompanied Abu Bakr and he made no addition to two rak'ahs till Allah caused him to die. Then, I accompanied 'Umar and he made no addition to two rak'ahs till Allah caused him to die, I accompanied 'Uthman and he made no addition to two rak'ahs till Allah caused him to die, and Allah has said: Indeed in the Messenger of Allâh (Muhammad SAW) you have a good example to follow Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1112

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my