Indeks Kitab

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah Kiblat. Di antara sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat. Lalu seorang sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan iaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 896

Translation

Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) led us in either of the two post-midday Prayers, Zhuhr or 'Asr, and gave salutations after two rak'ahs and, going towards a piece of wood which was placed to the direction of the Qiblah in the mosque, leaned on it looking as if he were angry. Abu Bakr and 'Umar were among the people and they were too afraid to speak to him and the people came out in haste (saying): The Prayer has been shortened. But among them was a man called Dhul-Yadain who asked: Messenger of Allah, has the Prayer been shortened or have you forgotten? The Messenger of Allah (may peace be upon him) looked to the right and left and asked: What was Dhul-Yadain saying? They said: He is right. You offered but two rak'ahs. Thereupon, he offered two (more) rak'ahs and gave salutation, then said takbir and prostrated and lifted (his head) and then said takbir and prostrated, then said takbir and lifted (his head). Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 896

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my