Indeks Kitab

Hadis Sahl bin Saad r.a:
Diriwayatkan daripada Abdul Aziz bin Abu Hazim r.a katanya: Beberapa orang telah datang menemui Sahl bin Saad. Mereka bertelingkah mengenai mimbar dari jenis kayu apakah ianya diperbuat. Sahl berkata: Demi Allah! Saya tidak tahu kayu dari jenis apakah mimbar tersebut diperbuat dan siapakah yang membuatnya. Tetapi aku pernah melihat Rasulullah s.a.w pada hari pertama baginda duduk di atas mimbar tersebut. Aku berkata kepadanya: Wahai Ibnu Abbas ceritakanlah kepada kami. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami kepada isteri Abu Hazim. Sesungguhnya beliaulah yang akan menamakannya suatu hari nanti, panggil tukang kayumu supaya dia membuatkan untukku satu mimbar yang akan aku gunakan untuk berkhutbah di hadapan orang ramai. Maka dibuat satu mimbar yang mempunyai tiga anak tangga. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya mimbar tersebut diletakkan pada tempatnya, mimbar tersebut diperbuat dari kayu Cemara hutan. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah s.a.w berdiri di atasnya dan bertakbir, lalu orang ramai pun bertakbir selepas baginda bertakbir, baginda masih berada di atas mimbar, kemudian baginda bangun dari rukuk dan turun dari mimbar sambil berundur ke belakang sehinggalah baginda sujud di kaki mimbar, kemudian baginda kembali semula ke atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang. Setelah itu baginda menghadap ke arah orang ramai sambil berkata: Wahai umatku! Aku melakukan begini supaya kamu mengikuti aku dan kamu dapat mempelajari bagaimana cara aku sembahyang.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 847

Translation

Sahl bin Sa'd, may Allah be pleased with him, reported:
Some people came to Sahl bin Sa'd and began to differ about the wood of which the (Prophet's) pulpit was made. He (Sahl bin Sa'd) said: By Allah, I know of which wood it is made and who made it, and the first day I saw the Messenger of Allah (may peace be upon him) seated himself on it. I said to him: O Abu 'Abbas, (nickname of Sahl bin Sa'd), narrate to us (all these facts). He said: The Messenger of Allah (may peace be upon him) sent a person to a woman asking her to allow her slave, a carpenter, to work on woods (to prepare a pulpit) so that I should talk to the people (sitting on it). Abu Hazim said: He (Sahl bin Sa'd) pointed out the name of (that lady) that day. So he (the carpenter) made (a pulpit) with these three steps. Then the Messenger of Allah (may peace be upon him) commanded it to be placed here (where it is lying now). It was fashioned out of the wood of Al-Ghabah. And I saw the Messenger of Allah (may peace be upon him) standing upon it and glorifying Allah and the people also glorified Allah after him, while he was on the pulpit. He then raised (his head from prostration) and stepped back (on his heels) till he prostrated himself at the base of the pulpit, and then returned (to the former place and this movement of one or two steps continued), till the Prayer was complete. He then turned towards the people and said: O people, I have done it so that you should follow me and learn (my mode of) the Prayer. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 847

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my