Indeks Kitab

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Syaqiq bin Salamah r.a katanya: Ketika kami duduk menunggu di hadapan pintu Abdullah tiba-tiba Yazid bin Muawiyah Nakhaie melintas di hadapan kami. Kami berkata: Beritahulah kepada Abdullah bahawa kami berada di sini. Yazid masuk menemui Abdullah. Tidak berapa lama kemudian, Abdullah keluar menemui kami. Beliau berkata: Aku diberitahu bahawa kamu semua berada di sini. Sebenarnya tidak ada yang menghalangku untuk keluar menemui kamu, hanya aku bimbang kamu semua jemu kepadaku. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu memerhatikan kami ketika memberi nasihat, kerana baginda bimbang kebosanan menguasai diri kami.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 5047

Translation

'Abdullah bin Mas'ud's Hadith, may Allah be pleased with him.
Shaqiq bin Salamah reported: We were sitting at the door of 'Abdullah (bin Mas'ud) waiting for him (to come out and deliver a sermon to us). It was at this time that there happened to pass by us Yazid bin Mu'awiah Al-Nakha'i. We said: Inform him ('Abdullah bin Mas'ud) of our presence here. He went in and 'Abdullah bin Mas'ud lost no time in coming out to us and said: I was informed of your presence here but nothing hindered me to come out to you but the fact that I did not like to bore you (by stuffing your minds with sermons (every day)) and follow the example of Allah's Messenger (may peace be upon him) who used to preach us on certain days lest it might be boring for us. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 5047

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my