Indeks Kitab

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa di tangan-Nya sebagaimana seorang daripada kamu melambungkan roti dari dua tangan semasa berjalan. Itu adalah hidangan ahli Syurga. Tiba-tiba datang seorang Yahudi lalu berkata: Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih memberkatimu wahai Abu Al-Qasim! Inginkah engkau mendengar ceritaku tentang hidangan ahli Syurga pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, silakan! Orang tersebut berkata: Bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w memandang kepada kami kemudian ketawa hingga kelihatan gigi geraham baginda. Orang tersebut berkata lagi: Inginkah kamu aku ceritakan tentang lauk pauk mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Orang itu berkata: Lauk-pauk mereka adalah Balam dan Nun. Para sahabat bertanya: Apakah Balam dan Nun itu? Lelaki tersebut menjawab: Lembu dan ikan paus di mana seketul daging terbaik yang tergantung pada hatinya dapat dimakan oleh tujuh puluh ribu orang.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 5000

Translation

Abu Sa'id Al-Khudri, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said that the earth would turn to be one single bread on the Day of Resurrection and the Almighty would turn it in His hand as one of you turns a loaf while on a journey. It would be a feast arranged in the honor of the people of Paradise. He (the narrator) further narrated that a man from among the Jews came and he said: Abu Al-Qasim, may the Compassionate Lord be pleased with you! May I inform you about the feast arranged in honor of the people of Paradise on the Day of Resurrection? He said: Do it, of course. He said: The earth would become one single bread. Then Allah's Messenger (may peace be upon him) looked towards us and laughed until his pre-molar teeth became visible. He then again said: May I inform you about that with which they would season it? He said: Do it, of course. He said: Their seasoning would be balam and fish. The Companions of the Holy Prophet (may peace be upon him) said: What is this balam? He said: Ox and fish from whose excessive livers seventy thousand people would be able to eat. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 5000

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my