Indeks Kitab

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w datang menemuiku semasa aku bermain-main dengan kawan-kawan. Baginda memberi salam kepada kami, kemudian baginda mengutuskan aku untuk sesuatu perkara, oleh kerana itu aku terlewat pulang ke rumah. Setelah aku pulang ibuku bertanya: Kenapa kamu pulang lewat? Aku menjawab: Rasulullah s.a.w menyuruhku untuk sesuatu perkara. Ibuku bertanya: Apakah dia perkara tersebut? Aku menjawab: Itu adalah rahsia. Ibuku berkata: Jangan kamu ceritakan tentang rahsia Rasulullah s.a.w kepada sesiapa pun. Anas berkata: Demi Allah, sekiranya aku menceritakannya kepada seseorang tentu aku menceritakan rahsia tersebut padamu, wahai Thabit.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 4533

Translation

Anas, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) came to me as I was playing with playmates. He greeted us all and sent me on an errand and I made delay in going to my mother. When I came to her she said: what detained you? I said: Allah's Messenger (may peace be upon him) sent me on an errand. She said: What was the purpose? I said: It is something secret. Thereupon she said: Do not then divulge the secret of Allah's Messenger (may peace be upon him) to anyone. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 4533

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my