Indeks Kitab

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika seorang Yahudi menawarkan barang dagangannya dan telah diberi sedikit gambaran bahawa beliau belum merasa puas hati atau tidak meredainya, kalau tidak silap namanya Abdul Aziz berkata: Tidak, demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Seorang lelaki Ansar yang mendengar kata-katanya terus menampar mukanya dan berkata: Kamu berkata Demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia? Bukankah Rasulullah s.a.w telah berada di tengah-tengah kita? Lalu orang Yahudi tersebut pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Abu Al-Qasim! Sesungguhnya aku memiliki jaminan dan perjanjian, tetapi si anu telah menampar mukaku. Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki Ansar tadi: Kenapa kamu menampar mukanya? Beliau menjawab: Orang Yahudi telah berkata bahawa demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Bukankah engkau berada di tengah-tengah kami? Rasulullah s.a.w menampakkan wajahnya yang marah dan bersabda: Janganlah kamu mengutamakan di antara para utusan Allah. Sesungguhnya sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup. Apa yang berada di pelosok langit dan di bumi akan mati, melainkan orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Pada tempoh yang lain pula sangkakala iaitu sejenis trompet akan ditiup lagi. Maka aku adalah orang pertama yang dibangkitkan. Apabila Nabi Musa a.s telah berpegang pada Arasy, aku tidak tahu adakah telah diperhitungkan kematian Musa a.s (dengan tiupan sangkakala) pada hari At-Tur atau beliaukah yang telah dibangkitkan sebelum aku dan aku tidak akan berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki yang lebih utama daripada Yunus bin Matta a.s.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 4376

Translation

Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
While a Jew was selling goods, he was given something which he did not accept or he did not agree (to accept) that 'Abdul-'Aziz (one of the narrators) is doubtful about it. He (the Jew) said: By Allah, Who chose Moses (peace be upon him) among mankind. A person from the Ansar heard it and gave a blow at his face saying: (You have the audacity) to say: By Him Who chose Moses among mankind, whereas Allah's Messenger (may peace be upon him) is living among us. The Jew went to Allah's Messenger (may peace be upon him) and said: Abu Al-Qasim, I am a Dhimmi and (thus need your protection) by a covenant, and added: Such and such person has given a blow upon my face. Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Why did you give him a blow on his face? He said: Allah's Messenger, this man said: By Him Who chose Moses (peace be upon him) from among all mankind, whereas you are living among us. Allah's Messenger (may peace be upon him) became angry and signs of anger could be seen on his face, and then said: Do not make distinction among the Prophets of Allah. When the Trumpet will be blown and whatever is in the heavens and the earth will fall unconscious but whom Allah grants exception, then the Trumpet will be blown again and I will be the first among those who will recover and Moses (peace be upon him) will be catching hold of the Throne and I do not know whether it is a compensation for that when he swooned on the Day of Al-Tur or he will be resurrected before me and I do not say that anyone is more excellent than Jonah son of Matthew (peace be upon him). Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 4376

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my