Indeks Kitab

Hadis Maimunah r.a katanya:
Aku pernah membawa air kepada Rasulullah s.a.w untuk mandi hadas. Baginda memulakannya dengan membasuh dua tapak tangan sebanyak dua atau tiga kali. Kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam bekas berisi air, lalu mecedokkan air tersebut ke atas kemaluan serta membasuhnya dengan tangan kiri. Setelah itu baginda menggosokkan tangan kiri ke tanah dengan kuat, lalu berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan untuk mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menuangkan air yang dicedok dengan dua telapak tangan ke kepala sebanyak tiga kali. Seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh, lalu beralih dari tempat tersebut dan membasuh kedua kaki, kemudian aku mengambilkan sapu tangan untuk baginda, tetapi baginda menolaknya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 476

Translation

Maimunah, may Allah be pleased with her, reported:
I placed water near the Messenger of Allah (may peace be upon him) to take a bath because of sexual intercourse. He washed the palms of his hands twice or thrice and then put his hand in the basin and poured water over his private parts and washed them with his left hand. He then struck his hand against the earth and rubbed it with force and then performed ablution for the Prayer and then poured three handfuls of water on his head and then washed his whole body after which he moved aside from that place and washed his feet, and then I brought a towel (so that he may wipe his body), but he returned it. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 476

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my