Indeks Kitab

Hadis Ummu Sulaim r.a:
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a katanya: Ummu Sulaim pernah bertanya Nabi s.a.w tentang mimpi yang berlaku kepada seorang perempuan sebagaimana mimpi seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila perempuan tersebut bermimpi keluar mani, dia wajiblah mandi hadas. Ummu Sulaim berkata: Aku malu untuk bertanya perkara tersebut yang berlaku pada diriku. Ummu Salamah berkata: Adakah perkara ini berlaku kepada perempuan? Nabi s.a.w bersabda: Ya, lalu Ummu Salamah mencelah: Bagaimana dia ingin memastikannya. Baginda bersabda: Ketahuilah bahawa mani lelaki itu kasar dan berwarna putih, manakala mani perempuan itu halus dan berwarna kuning. Mana-mana mani yang menyerupai mani lelaki atau perempuan, sudah pasti mani tersebut adalah darinya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 469

Translation

Umm Sulaim's Hadith, may Allah be pleased with her. It is reported:
She asked the Messenger of Allah, about a woman who sees what a man sees in dream, and experiences in dream what a man experiences (i.e. experiences orgasm)? He (addressing Umm Sulaim) said: Well, O Umm Sulaim, she should take a bath if she sees that (i.e. she experiences orgasm in dream.) Umm Sulaim said: I was abashed, and asked: Messenger of Allah, can this happen (woman emitting water in dream like man)? He said: Yes. Otherwise, how can a child resemble his parent? Man's water (semen) is white and thick while woman's water is yellow and light. Whoever anticipates, resemblance is attributed to him. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 469

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my