Indeks Kitab

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Aku sedang memberi minum kepada para tetamu di rumah Abu Talhah pada hari pengharaman arak. Mereka hanya meminum arak yang diperbuat dari buah kurma. Tiba-tiba terdengar satu seruan yang memberitahu. Keluar dan lihatlah! Akupun keluar, ternyata ada satu suara yang mengumumkan: Sesungguhnya arak telahpun diharamkan. Arak mengalir di jalan-jalan Madinah Abu Talhah berkata kepadaku: Keluarlah dan curahkanlah arak itu, Lalu aku mencurahkannya. Tiba-tiba ada orang berkata: Si anu telah terbunuh, si anu telah terbunuh, sedangkan perutnya dipenuhi dengan arak. Perawi Hadis berkata, aku tidak tahu apakah itu juga termasuk dari Hadis Anas. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat: لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعُمِلُوا الصَّالِحَاتِ Yang bermaksud: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh kerana makanan yang telah mereka makan dahulu apabila mereka telah bertakwa serta beriman dan melakukan amalan soleh.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3662

Translation

Anas b Malik, may Allah be pleased with him, reported:
I was the cup-bearer of people in the house of Abu Talhah on the day when liquor was made unlawful. Their alcoholic drinks had been prepared from dry dates or fresh dates when the announcer made the announcement. He (Abu Talhah) said to me: Go out and find out (what the announcement was). I got out (and found) an announcer making this announcement: Behold, alcohol has been declared unlawful. He said: The alcohol (was spilt and) flowed in the lanes of Medina. Abu Talhah said to me: Go out and spill it, and I spilt it. They said or some of them said: Such and such were killed, such and such were killed while (alcohol) was still in their stomachs. He (the narrator) said: I do not know whether it is the narration transmitted by Anas (or by someone else). Then Allah, the Exalted and Majestic, revealed: Those who believe and do righteous good deeds, there is no sin on them for what they ate (in the past), if they fear Allâh (by keeping away from His forbidden things), and believe and do righteous good deeds Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3662

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my