Indeks Kitab

Hadis Ali bin Abu Talib r.a katanya:
Aku mendapatkan seekor unta (berumur satu tahun) bersama Rasulullah s.a.w dalam rampasan perang Badar. Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku seekor unta yang lain. Pada suatu hari aku memecut kedua-duanya melalui hadapan pintu rumah seorang lelaki dari golongan Ansar. Aku mahu memuatkan di atas keduanya dengan Izkhir (sejenis tumbuhan yang berbau harum) untuk dijual. Bersama aku juga seorang tukang emas dari Bani Qainuqa'. Wang dari hasil jualan itu akan aku gunakan untuk membuat kenduri. Pada waktu itu, Hamzah bin Abdul Muttalib sedang minum-minum di rumah tersebut. Dia ditemani oleh seorang hamba perempuan yang menyanyikan lagu untuknya. Hamba perempuan itu berkata: ÃóáóÇ íóÇ ÍóãúÒõ áöáÔøõÑõÝö ÇáäøöæóÇÁö Yang bermaksud: Wahai Hamzah! Perhatikanlah unta-unta yang gemuk itu. Tiba-tiba Hamzah melompat ke arah kedua ekor untaku dengan sebilah pedang, lalu memotong kedua-dua bonggol di atas belakangnya dan membelah kedua-dua lambungnya. Kemudian dia mengambil kedua-dua hatinya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Ibnu Syihab: Sesungguhnya kedua bonggol untaku telah dipotong, lalu dia pergi melihatnya. Ibnu Syihab berkata: Bahawa Sayidina Ali menyebut: Aku hanya menyaksikan saja peristiwa yang sangat mengerikan itu. Lalu aku mendapatkan Rasulullah s.a.w. Ketika itu dia ditemani oleh Zaid bin Harithah. Akupun menceritakan peristiwa tersebut. Lalu baginda keluar bersama dengan Zaid dan aku juga mengikutinya. Kemudian Baginda masuk menemui Hamzah dan memarahinya. Hamzah mengangkat pandangannya, kemudian berkata: Kamu ini tidak lain hanyalah hamba-hamba bapaku. Maka Rasulullah s.a.w kembali reda sehinggalah keluar meninggalkan mereka.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3660

Translation

'Ali bin Abi Talib, may Allah be pleased with him, reported:
There fell to my lot along with Allah's Messenger (may peace be upon him) an old she-camel from the spoils of Badr. Allah's Messenger (may peace be upon him) granted me another camel. I made them kneel down one day at the door of one of the Ansar, and I wanted to carry on them Idhkhir (a kind of grass) in order to sell. There was with me a goldsmith of the tribe of Qainuqa'. I sought to give a wedding feast (on the occasion of marriage with) Fatimah with the help of that (the price accrued from the sale of this grass). And Hamzah bin 'Abdul-Muttalib was busy drinking in that house in the company of a singing girl who was singing to him. She said: Hamzah, get up for slaughtering the fat she-camels. Hamzah attacked them with the sword and cut off their humps and ripped their sides, and then took out their livers. I said to Ibn Shihab: Did he take out any-thing from the hump? He said: He cut off the humps altogether. Ibn Shihab reported 'Ali having said: I saw this (horrible) sight and it shocked me, and I came to Allah's Messenger (may peace be upon him) and there was Zaid bin Harithah with him and communicated to him this news. He went in the company of Zaid and I also went along with him, to Hamzah and he expressed his anger at him. Hamzah raised his eyes and said: Are you (not) but the slaves of my fathers? Allah's Messenger (may peace be upon him) turned back on his heels (on hearing this) until he went away from them. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3660

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my