Indeks Kitab

Hadis Al-Bara' r.a katanya:
Semasa berlaku peperangan Ahzab Rasulullah s.a.w turut sama mengangkut pasir atau tanah bersama-sama kami. Kemudian kami melihat perut baginda telah berlumuran debu dan baginda berkata: وَاللَّهِ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا إِنَّ الْأُلَى قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا Yang bermaksud: Ya Allah! Sekiranya Engkau tiada nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk. Tidak mungkin kami akan bersedekah dan bersembahyang. Turunkanlah kepada kami suatu ketenangan. Sesungguhnya dari kalangan mereka masih ada yang enggan bersama kami. Mengikut setengah riwayat baginda menyebut: إِنَّ الْمَلَا قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا إِذَا أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا Yang bermaksud: Sesungguhnya satu kaum enggan bersama kami. Apabila mereka ingin menimbulkan fitnah mereka enggan bersama kami. Baginda mengungkapkan kata-katanya dengan suara yang lantang.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3365

Translation

Al-Bara', may Allah be pleased with him, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) was carrying the earth with us in preparation for the Battle of Al-Ahzab and the whiteness of his belly had been covered with earth. (While engaged in this toil) he was reciting: By Allah, if You had not guided us, we would have neither been guided aright nor practiced Charity, nor offered the Prayers. Descend on us peace and tranquillity. Behold! these people (the Makkahns) refused to follow us. According to another version, he recited: The chieftains (of the tribes) refused to follow us; When they contemplated mischief, we rejected it. And with this (verse) he would raise his voice. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3365

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my