Indeks Kitab

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya:
Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w menuju ke Khaibar sekumpulan demi sekumpulan pada waktu malam, kemudian salah seorang dari kalangan pejuang bertanya kepada Amir bin Al-Akwa' yang terkenal sebagai seorang penyair: Bolehkah kamu memperdengarkan kepada kami alunan syairmu? Lalu Amir memenuhi permintaan itu dengan mengalunkan beberapa rangkap syairnya: اللَّهُمَّ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَاغْفِرْ فِدَاءً لَكَ مَا اقْتَفَيْنَا وَثَبِّتِ الْأَقْدَامَ إِنْ لَاقَيْنَا وَأَلْقِيَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا إِنَّا إِذَا صِيحَ بِنَا أَتَيْنَا وَبِالصِّيَاحِ عَوَّلُوا عَلَيْنَا Yang bermaksud: Ya Allah! Sekiranya Engkau tiada nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk. Tidak mungkin kami akan bersedekah dan bersembahyang. Sebagai balasan untuk Engkau, maafkanlah apa yang telah kami usahakan. Mantapkanlah langkah kami ketika bertemu musuh. Dan kurniakanlah kepada kami suatu ketenangan. Bila semboyan berkumandang kami segera maju. Oleh itu bantulah kami dalam peperangan. Setelah mendengar alunan syair tersebut, Rasulullah s.a.w terus bertanya: Siapakah orang yang mengalunkan syair tadi? Lalu para sahabat sama-sama menjawab: Amir! Baginda pun menjawab: Mudah-mudahan Allah merahmatinya. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan mereka berkata: Wahai Rasulullah! Dia akan mati syahid bila engkau memberi kesempatan kepadanya. Lalu kami semua menyerbu Khaibar dan mengepung penduduknya sehingga kami benar-benar kehausan. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya Allah akan menundukkan Khaibar di tangan kamu semua. Pada waktu petangnya ketika Khaibar telah berjaya ditakluki, mereka telah menyalakan api yang besar, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah tujuan mereka menyalakan api ini? Para sahabat menjawab: Untuk membakar daging. Baginda bertanya lagi: Daging apa? Lalu para sahabat menjawab: Daging keldai-keldai peliharaan. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Buang dan pecahkannya (tempat atau bekas yang digunakan). Kemudian seorang sahabat bertanya: Bagaimana kalau bekas tersebut dibersihkan? Maka baginda pun menjawab: Atau begitu pun boleh juga. Ketika tentera Muslimin telah berbaris dan bersedia untuk bertempur, Amir menghunus pedangnya tetapi tidak menepati sasaran, lalu dipegangnya betis seorang Yahudi untuk dibunuh, tetapi hujung pedangnya terbalik dan mencederakan lututnya (Amir) sendiri dan beliau telah gugur syahid. Mengikut riwayat, semasa perjalanan pulang Salamah berkata: Dia (saudara Amir bin Al-Akwa') memegang tanganku erat-erat, dia amat sedih dengan kehilangan saudaranya. Semasa Rasulullah s.a.w melihatku, baginda hanya terdiam sahaja, kemudian baginda bertanya: Apa hal? Aku menjawab: Ambillah ayah dan ibuku sebagai balasan sekiranya kata-kataku ini salah, orang ramai menganggap Amir telah melakukan perbuatan yang sia-sia. Lalu baginda bertanya: Siapa yang berkata begitu? Akupun menjawab: Polan, Polan dan Usaid bin Hudair Al-Ansariy. Lalu baginda menjawab: Kata-kata orang tersebut adalah tidak benar, sesungguhnya dia mendapat dua ganjaran (sambil mengisyaratkannya dengan dua jari) iaitu sebagai seorang yang mentaati Allah dan juga sebagai seorang pejuang. Jarang sekali orang Arab yang bertempur mendapat ganjaran sepertinya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3363

Translation

Salamah bin Al-Akwa', may Allah be pleased with him, related:
We marched upon Khaibar with the Messenger of Allah (may peace be upon him). We journeyed during the night. One of the people said to (my brother) 'Amir bin Al-Akwa': Will you not recite to us some of your verses? 'Amir was a poet. So he began to chant his verses to urge the camels, reciting: O Allah, if You had not guided us, we would have neither been guided rightly nor practiced Charity, nor offered the Prayers. We wish to lay down our lives for You; so forgive You our lapses, and keep us steadfast when we encounter (our enemies). Bestow upon us peace and tranquillity. Behold, when with a cry they called upon us to help. And by crying they asked for our help. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Who is this driver (of camels)? They said: It is 'Amir. He said: Allah will show mercy to him. A man said: Martyrdom is deserved for him. Messenger of Allah, would that you had allowed us to benefit ourselves from his life. (The narrator says): We reached Khaibar and besieged them, and (we continued the siege) until extreme hunger afflicted us. Then the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Behold, Allah has conquered it for you. When it was evening of the day on which the city was conquered, the Muslims lit many fires. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: What are these fires? And what are they cooking? They said: They are cooking meat. He asked: Which meat? They said: That of domestic asses. He said: Let them throw it away and break the pots (in which it is being cooked). A man said: Or should they throw it away and wash the pots? He said: They may do that. When the people drew themselves up in battle array, 'Amir caught hold of his sword that was rather short. He drove a Jew before him to strike him with it. (As he struck him), his sword recoiled and struck his own knee, and 'Amir died of the wound. When the people returned (after the conquest of Khaibar) and Salamah had caught hold of my hand, and said: The Messenger of Allah (may peace be upon him) saw that I was silent (and dejected); he said: What's the matter with you? I said to him: My father and my mother be your ransom, people presume that 'Amir's sacrifice has been in vain. He asked: Who has said that? I said: So and so and Usaid bin Hudair Al-Ansari. He said: Who has said that has lied. For him (for 'Amir) there is a double reward. (He indicated this by putting two of his fingers together). He was a devotee of Allah and a warrior fighting for His cause. There will be hardly any Arab who can fight as bravely as he did. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3363

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my